Pertama,al-Fatihah kepada Abuya...dan salam takziah kepada keluarga dan pengikutnya.Abuya..Ustaz Ashaari..dulunya adalah pemimpin utama Al-Arqam.Dan pertubuhan ini akhirnya diharamkan dan kebanyakan mereka ditahan dibawah ISA.Menyoroti kisah Al-Arqam ini..ada jua banyak perkara yang perlu diakui kita semua,bahawa Al-Arqam ini telah membuktikan kepada kita satu masa dahulu;
1.Pertubuhan ini berjaya membina rangkaian ekonomi yang mantap.Ketika era kegemilanganya,banyak keluaran orang Islam berlegar di pasaran..kicap,tauhu.mee hinggakan di tempat aku ada bengkel kereta Al G-hard milik mereka.Ini sesuatu yang amat dikagumi.Berupaya membina jaringan ekonomi.Keupayaan membina kekuatan ekonomi.
2.Pertubuhan ini juga berjaya membina satu bentuk 'masyarakat' yang berkeupayaan untuk saling bantu-membantu.Keupayaan membina penempatan mereka secara teratur.Keupayaan untuk menyatu-padukan pengikut yang berbilang.Dan keupayaan membina ukhwah dikalangan mereka.
3.Juga perlu dilihat..keupayaan pertubuhan ini untuk membina satu kedudukan yang stabil walaupun setelah diharam dan diISAkan.Keupayaan untuk 'hidup semula' setelah dijahanamkan oleh ISA.Keupayaan untuk bersatu dalam diam.Keupayaan untuk bangkit semula.
Bagaimanakah..orang ini..Abuya Ashaari ini....berjaya?
Bersetuju dengan posting Sdra Mohd Azaini Sham.
ReplyDelete