Friday, May 20, 2011

Menariknya...barang naik lagi...

Kemarin dulu petrol naik....lepas tu gula pun naik....sekarang susu pun akan 2%-6% secara berperingkat...

Masa petrol RON naik 10 sen...tak le rasa sangat...sebab RON yang murah masih ada...ini pun sedang dilakukan kajian semula...tiada jamin harga akan kekal.

Petrol naik harga maka automatiknya keperluan lain juga akan naik kerana petrol adalah kos operasi.

Dan di saat-saat harga barang yang akan naik ini maka keluar pula cerita HAKISAN daratan di dada-dada akhbar....

Kita senantiasa melangkah ke hadapan...cabaran masa mendatang ni...perit...

Mengharungi masa-masa mendatang ini...slogan yang perlu ada ialah "ayoh! Berjimat-cermat"

Saturday, March 26, 2011

Tak habis-habis......

Politik ini kata orang-orang tua"...adalah benda baik...yang tak baiknya ialah pemainnya",...ada kebenarannya di situ.

Sejarah bakal mengukirkan 10 atau 20 tahun akan datang....nama ANWAR IBRAHIM ini akan terus dikenang seiring dengan pemain politik utama negara...

Sejarah 'hebat' politik....dari skandal LIWAT...hingga tape video LUCAH...dari rasuah seringgit dua ke nilai billion-billion....

Politik hari ini (sebenarnya dulo2 pun macam ni jugak..)..tidak pernah kering dengan idea kreatifnya...MEMBURUK-BURUKkan individu adalah senjata utama.

Jadi kepada mereka yang ingin jadi AHLI POLITIK....pastikan anda;

...pastikan BENAR-BENAR bersih dan suci....

Kalau benar-benarlah bersih dan suci tadi ni....bayangkanlah sebuah negara yang pastinya akan diberkatiNya.....pastinya akan mendapat rahmatNya.....

Pilihlah....pangkahlah...mana yang berkenan.Memilih adalah hak individu.Menyokong mana-mana puak atau juak juga adalah hak individu...kerana masing-masing telah dikurniakan akal fikiran serta nafsu...

Natijah memilih dan memangkah pasti kita akan rasai bersama...baik atau buruk...itulah pilihan yang ada...di mana yang majoriti itu MENANG.

Monday, March 21, 2011

Perang Vs Bencana

Ketika ini bumi Libya yang terdahulunya terkenal dengan kisah Omar Mokhthar suram kerana serangan pengganas berikat (US/UK/Peranchis/Canada)......serangan udara mulai dilancarkan.Dunia akan mungkin menyaksikan tragedi Iraq berulang di Libya.

Di Jepun...tsunami...meranapkan pembangunan yang dibina bertahun lamanya....kemusnahan infrastruktur....jalan raya...dan pelbagai adalah bencana yang memeritkan....

Melihat 2 konteks kemusnahan yang berbeda ini...namun ada juga yang pastinya mengaut keuntungan.....

Siapa?.......

1.Perang:...Libya..Us..Britian....ini adalah sebab...atau alasan...alasan untuk UNTUNG!....yang untung....pengeluar senjata api,alatan kelengkapan perang......industri senjata akan beroleh untung banyak....pengeluar minyak....waktu inilah untung dilipat gandakan.....kos meningkat...alasan berlaku perang...permintaan tinggi....maka kuasa penawaran akan berperanan lebih.....

2.Bencana:......kerosakkan dan kemusnahan negara akan membabit kos yang tinggi untuk pembangunan semula....dimana untuk mendapat sumbernya...melalui PINJAMAN!.....dan kadar pinjaman juga akan meningkat peratusnya....

Perang dan Bencana kedua-duanya akan terikat dengan PINJAMAN.....melalui Bank Dunia..IMF dan seangkatannya....

Maka pemberi pinjamanlah yang untung.....musuh yang mencipta IILUSI.....

Wednesday, March 9, 2011

Nak pangkah apa?

Nampaknya Merlimau dan Kerdau adalah petanda yang baik.Isyarat yang jelas.Kalau tengok berita di TV...kalau baca surat khabar...nampak rakyat dah selesa.Tiada isu.Semuanya baik-baik belaka...rakyat pun sudah senang....harga getah melambung...ribu-ribu sebulan...perpaduan pon sudah erat...jadi sekarang atau dalam tempoh mendatang ini sesuai sangat untuk agenda pangkah-memangkah...tengah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ni...namun nak pangkah apa?...nak pangkah siapa?...nak pangkah yang mana?.....

Adakah kita memangkah kerana suka dia tu....adakah kerana jasa mereka itu...adakah memangkah kerana parti...adakah memangkah kerana individu.....

Memangkah kerana parti....bunyi menarik...bagus...kerana parti...kerana organisasi...jadi kalau letak tunggul kayu ka...patung orang-orang ka... pon tiada masalah mungkin....

Pangkah kerana individu...pon menarik...kena orangnya baik..mesra...bagus...memang sesuai.

Memangkah kerana apa yang ditawarkan....aduh...ini menarik juga....mengetahui apa yang ditawarkan oleh parti,organisasi atau individu....jalan mana yang hendak dibawa...halatuju yang hendak dicapai.....apa faedah untuk semua orang....

Memangkah ini bukan kerja senang...walaupun hanya guna sebatang pensil 2B....impak daripada memangkah itu panjang dan meluas kesannya.Justeru itu akal perlu digunakan sewajarnya.Pengalaman harus jadi tauladan.

Dan tidak semestinya yang majoriti itu betul,benar,menang....dan yang minoriti juga tidak semestinya salah,tidak benar dan kalah....
kerana dewasa ini ILUSI itu telah banyak mengaburi kebenaran.

Thursday, February 3, 2011

Sejarah itu berulang:Bagi yang mahu mengerti..

Sepanjang zaman...atas nama 'demokrasi'...berkuasa..memerintah...menguasai...di timur,barat,utara dan selatan...atas nama 'demokrasi'..yang berkuasa terus berkuasa...yang kaya terus kaya....atas nama pilihan ramai...atas nama populariti..atas nama menang 2/3...yang rakus terus memanipulasi...

Atas nama 'demokrasi'...
ragutlah apa yang dihajati..
penuhilah segala nafsu...
tindaslah selama mana yang mahu...

Atas nama 'demokrasi'...Islam ataupun bukan..mereka yang asalnya menggelar diri pejuang dan pembela..akhirnya menjadi pontianak...penghisap darah rakyat...bila kekuasaan,kemewahan..menjadi rukun...dan bila NAFSU menjadi TUHAN mereka...

Maka.. 'yakin' dan 'sabar' atas perjuangan...
maka pastinya suatu hari nanti dengan izinNya...
pasti akan terbalas segalanya....

Wednesday, January 5, 2011

Apa yang turun??


Di hari ke-5 2011 ini petrol Ron97 seliter RM2.40.......
tadi makan satay.."bang..apsal bawang sikit aje?...",."..bawang mahal la ni bang..",.

Kalau Ron95 dan diesel naik...
GST sudah berkuatkuasa daripada 5% kepada 6%....

Dan..kita..aku perlulah bersiap-siaga..utk hadapi peningkatan kos dalam pengurusan kehidupan ini...mana yg boleh jimat..kita jimatkan...

emm...nampaknya hujan nak turun ni...

Wednesday, December 29, 2010

2011..yang tiba...

2010..
kian hampiri pelabuhannya..
Banyak berubah..banyak berlaku..
banyak jua kaku...
Ada naik ke atas..turun ke bawah..ada jua tiada ubah...

2011...adakah..
kaya terus kaya..miskin akan papa...
kuasa terus berkuasa..
yang tuan kekal tuan..atau
yang hamba terus abdinya...atau
yang kaku akan mati...

2011..
Perjuangan belum tamat bagi segala pejuang..

2011..
dan aku..
tetap mencari sesuap nasi untuk mengisi perut-perut itu...

Moga-moga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua..amin..